Salam sejahtera semua..
Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya.
Teringat waktu saya kecil…Lagu Duit-duit yang dinyanikan oleh M.Nasir…Penah dengar lagu ini??
“ Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit…”
Mungkin benar kata M.Nasir..semua itu duit… Tetapi bukan WANG sebenar ya 
Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
Betul tak?
Kita sangkakan inilah WANG yang sebenarnya… hmmm… betul ker?
Ringgit Malaysia – wang kertas kita
Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!
Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!
Anda akan tahu apakah itu WANG yang sebenarnya.
Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?
Fungsi-Fungsi Wang
Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran: Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.
3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.
Wang Fiat Ringgit Malaysia. Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini)
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti TIDAK BOLEH…

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi.
Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas? Memang sah tak bagus