Thursday, 22 November 2012

Ukur saiz cincin anda

Saiz cincin & ukuran lilir jari

Alatan :


Benang jahit / tali halus / kertas kecil
Sebatang pembaris (ukuran mm)

Langkah-langkah :
  1. Sediakan benang / tali halus / kertas kecil dan pembaris
  2. Lilitkan benang / tali halus / kertas kecil pada jari yang anda ingin. Kebiasaannya jari manis ( jangan terlalu ketat atau longgar )
  3. Potong dan ukurkan benang / tali halus / kertas pada pembaris (jangan cekang/tarik benang itu) dan dapatkan perimeter
  4. Padankan ukuran perimeter dengan jadual di bawah ini - sekarang anda sudah dapat keputusan saiz cincin anda 

Catatan : kaedah ini sesuai untuk pembelian cincin secara ’online’





Ini pula ukuran diameter bagi cincin sedia ada tetapi anda sudah lupa saiznya.
  1. Ambil pembaris dan ukur diameter cincin anda.
  2. Padankan ukuran diameter tadi dengan jadual di bawah ini.

Thursday, 8 November 2012

Kembalikan Dinar

Dinar adalah matawang Islam yang telah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan dikembangkan secara meluas pada zaman Khalifah Islam sehinggalah ia dilenyapkan oleh orientalis barat.

Sekarang..kesedaran tentang dinar dan dirham perlu disegarkan dalam kalangan umat Islam, khususnya generasi baru bagi menyelamatkan kekayaan pada masa hadapan. Kerana terbukti sistem kewangan (wang kertas @ fiat) yang diperkenalkan orientalis barat hanya untuk kepentingan mereka semata-mata.

Dapatkan Dinar Syifa' 917 dari admin page Tabung Emas tanpa kos upah dan kos penghantaran.