Thursday, 22 November 2012

Ukur saiz cincin anda

Saiz cincin & ukuran lilir jari

Alatan :


Benang jahit / tali halus / kertas kecil
Sebatang pembaris (ukuran mm)

Langkah-langkah :
  1. Sediakan benang / tali halus / kertas kecil dan pembaris
  2. Lilitkan benang / tali halus / kertas kecil pada jari yang anda ingin. Kebiasaannya jari manis ( jangan terlalu ketat atau longgar )
  3. Potong dan ukurkan benang / tali halus / kertas pada pembaris (jangan cekang/tarik benang itu) dan dapatkan perimeter
  4. Padankan ukuran perimeter dengan jadual di bawah ini - sekarang anda sudah dapat keputusan saiz cincin anda 

Catatan : kaedah ini sesuai untuk pembelian cincin secara ’online’





Ini pula ukuran diameter bagi cincin sedia ada tetapi anda sudah lupa saiznya.
  1. Ambil pembaris dan ukur diameter cincin anda.
  2. Padankan ukuran diameter tadi dengan jadual di bawah ini.

Thursday, 8 November 2012

Kembalikan Dinar

Dinar adalah matawang Islam yang telah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan dikembangkan secara meluas pada zaman Khalifah Islam sehinggalah ia dilenyapkan oleh orientalis barat.

Sekarang..kesedaran tentang dinar dan dirham perlu disegarkan dalam kalangan umat Islam, khususnya generasi baru bagi menyelamatkan kekayaan pada masa hadapan. Kerana terbukti sistem kewangan (wang kertas @ fiat) yang diperkenalkan orientalis barat hanya untuk kepentingan mereka semata-mata.

Dapatkan Dinar Syifa' 917 dari admin page Tabung Emas tanpa kos upah dan kos penghantaran.


Monday, 29 October 2012


AWAS !! RAMAI YANG MENJADI MANGSA SKIM CEPAT KAYA EMAS. Hari ini riuh rendah mengenai isu-isu Emas Perak. Disini pihak syarikat GSR ingin berkongsi tips kepada anda semua untuk mengelak daripada terjebak dengan aktiviti berikut.

TIPS : ELAKKAN MENJADI MANGSA PENIPUAN (EMAS PERAK)

Siasat terlebih dahulu jika syarikat berikut membuat aktiviti di bawah:

1. Pemberian DIVIDEN SETIAP BULAN. Tanpa buat kerja.
2. Pemberian dalam bentuk HIBAH SETIAP BULAN.
3. PerKONGSIan KEUNTUNGAN mengikut % setiap bulan.
4. Bayaran secara ansuran mengikut kontrak dimana habis bayar ansuran baru dapat barang. (DEPOSIT TAKING)
5. Syarikat yang menawarkan PAJAK GADAI TANPA LESEN.
6. Syarikat yang menawarkan kadar perTUKARan MATAWANG ASING TANPA LESEN.
7. Syarikat yang menawarkan PINJAMAN TANPA LESEN.
8. Syarikat yang menawarkan KHIDMAT SEWA EMAS PERAK dan di bayar setiap bulan.
9. KOPERASI yang TIDAK BERDAFTAR.

TIPS : SELAMAT DARI DI TIPU

1. Beli Emas Perak dapat FIZIKAL, BUKAN kertas / online akaun.
2. Emas Perak PEGANG SENDIRI, JANGAN beri pada orang lain yang pegang.
3. Pastikan produk tersebut mempunyai CERTIFICATE / ASSAYER yang di sahkan ketulenan Emas dan Perak tersebut bagi mengelakkan penipuan ketulenan.
4. Beli Emas dan Perak dengan orang yang dikenali dan dipercayai.

RAMAI TERTANYA-TANYA adakah GSR terlibat AKTIVITI yang menyalahi Undang-Undang Bank Negara Malaysia?

JAWAPAN : TIDAK !


Kerana : GSR adalah syarikat yang membekalkan Emas dan Perak FIZIKAL dengan harga murah / borong ( seperti Kedai Emas di luar)

Sebagai contoh : Anda beli EMAS atau Perak, anda dapat Emas atau Perak kemudian anda simpan sendiri atau memakainya terpulang pada anda semua sebab itu hak anda.

Sekian sahaja perkongsian.

Monday, 15 October 2012

KISAH DINAR EMAS DAN KAMBING


KISAH DINAR EMAS DAN KAMBING

Mungkin kita terlepas pandang yang sebelum ini ketika zaman Rasulullah SAW mata wang yang digunakan Dinar Emas dan juga Dirham. Ketika zaman Nabi Muhamad SAW 1400 tahun dahulu , harga seekor kambing ialah 1 Dinar Emas. Perkara ini telah diceritakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya daripada Urwah yang bermaksud :

" ( Pada suatu hari ) Rasullullah S.A.W menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak di jual. Lalu Rasulullah S.A.W memberi kepadaku satu Dinar dan berkata :

" Wahai Urwah pergi kepada lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu Dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Dalam perjalanan seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu Dinar

Kemudian aku berjumpa Rasulullah S.A.W dengan membawa seekor kambing dan satu Dinar lalu aku berkata  " Wahai Rasulullah inilah Dinar dan kambing milikmu "

Rasulullah bertanya Bagaimana kamu melakukannya ? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata " Ya Allah, berkatilah perniagaannya."

Sudah tentu waktu sekarang dan InsyaAllah 1400 tahun akan datang kita masih boleh membeli seekor kambing dengan 1 Dinar Emas.

Tuesday, 18 September 2012

Cara Mendaftar

Untuk permulaan, anda boleh mendaftar sebagai ahli @ member secara PERCUMA. Dan jika anda berminat untuk 'upgrade' menjadi dealer GSR pula. Anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja. TETAPI perlu diingatkan. Tempoh promosi daftar dealer sebanyak RM1000 akan berakhir pada 31 Disember 2012. Bagaimana langkah-langkah untuk mendaftar??? MUDAH sahaja...

1) Layari www.gsr2u.com.my/mohdnaim , anda akan di bawa terus ke website rasmi GSR. Kemudian di website tersebut klik butang seperti di bawah ini di bahagian kanan atas skrin. Pilih samaada Dealer Registration atau Member Registration.



Jika anda berminat mendaftar sebagai AHLI PERCUMA, klik pada Member Registration
Jika anda berminat mendaftar sebagai PENGEDAR SAH GSR, klik pada Dealer Registration


2) Selepas itu anda akan di bawa ke borang pendaftran online. Pastikan maklumat Sponsor Username anda adalah "mohdnaim", sponsor no "NS0022" dan Sponsor Name " Mohd Naim Bin Taib"


3) Langkah seterusnya ialah mengisi maklumat butiran anda. Sila isikan kesemua butiran yang diperlukan dan tekan butang "Continue" untuk menghantar / submit pendaftaran secara online.

4) Butiran berbintang ( * ) MERAH adalah wajib diisi.

5) Pastikan anda memilih username pilihan anda dengan baik kerana username itu adalah ID rasmi anda di GSR untuk digunakan bagi tujuan log in ke akaun GSR anda dan username itu juga akan dipaparkan di alamat website PERCUMA anda. Contoh : www.gsr2u.com.my/username anda

6) Jika anda hanya mendaftar sebagai AHLI PERCUMA, proses pendaftaran anda telah selesai dan anda boleh membuat pesanan produk di website GSR dan buatlah bayaran ke akaun GSR.

7) Pastikan no. akaun bank anda dan nama anda adalah sama dengan kad pengenalan anda bagi memastikan urusan pembayaran bonus tidak menghadapi masalah kelak.

8) Bagi pendaftaran sebagai DEALER GSR, setelah selesai menghantar ( sumbit) butiran diri anda secara online. Sila buat bayaran RM1000.00 anda dengan segera untuk yuran pendaftaran DEALER GSR terus ke akaun GSR dengan No. Akaun Bank GSR yang betul. Anda boleh lihat No. Akaun Bank GSR di bahagian kiri website atau seperti di bawah ini.
Maybank : 5621 0662 1240 (Gold Silver Resources)
CIMB: 1205 1311 396 052 (Gold Silver Resources)

9) Panduan pembayaran menggunakan Maybank dan CIMB ada di bawah. Sila isikan dengan BETUL.







10) Pastikan anda membuat Screenshot atau Printscreen Payment Slip jika menggunakan Internet Banking atau simpan slip ATM bagi bukti bayaran kepada GSR. Anda boleh menggunakan Kamera Telefon Bimbit anda bagi memudahkan anda atau sila scanner ( servis ada di kedai2 cyber cafe) slip bayaran anda.

11) Kemudian, anda diminta emailkan

  1. Butiran diri anda seperti Nama, Username, No. Telefon
  2. Bukti pembayaran
  3. Salinan Kad Pengenalan (sila scan)
  4. Borang Pendaftaran secara manual (sila muat turun / download di sini)

dan emailkan ke admin@gsr2u.com.my


12) Sila tunggu dalam tempoh 24 jam untuk pengaktifan akaun Dealer anda. Jika anda berurusan pada hari cuti Sabtu dan Ahad atau Cuti Umum, proses pendaftaran akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya

13) Setelah selesai proses pendaftaran dan pembayaran anda selesai. Anda boleh log in seperti di bawah dan lihat member status anda bertukar dari Normal Member ke Star Agent (SA). Ini menandakan pendaftaran anda sebagai DEALER GSR sudah selesai.




14) SELAMAT DATANG KE DUNIA EMAS DAN PERAK & SELAMAT DATANG KE KELUARGA GSR. Apa yang anda tunggu lagi??? Mulakan langkah anda untuk terus berjaya.

Tuesday, 4 September 2012



















Berminat menjadi Pengedar GSR???

Kos adalah perkara yang diberi perhatian oleh prospek sebelum membuat keputusan untuk menilai perkara-perkara lain. Untuk menjadi pengedar GSR, yuran yang dikenakan adalah RM1,000 sahaja. Harga asal adalah RM5,000. Tawaran ini sah sehingga Disember 2012.

Yuran ini adalah yuran seumur hidup. Berbeza dengan syarikat pengedar emas lain yang menawarkan kos yuran yang tinggi kepada prospek yang berminat dengan peluang perniagaan emas dan perak.

Antara kelebihan lain yang diperolehi pengedar GSR adalah seperti berikut:

  1. Kos penghantaran percuma untuk emas
  2. Kos penghantaran percuma untuk perak yang melebihi 1 kilogram
  3. Laman web khas untuk pengedar juga percuma. Contoh www.gsr2u.com.my/mohdnaim
  4. Buku resit pembayran khas daripada syarikat GSR.
  5. Kad keahlian
  6. Jaket GSR
  7. 300 keping kad bisnes GSR
  8. Khairat kematian sebanyak RM500 (2 tahun pertama)
  9. 200 keping risalah (flyers)
  10. Seminar GSR dan kursus pemantapan pengedar GSR.

Berdasarkan penilaian secara rawak, jumlah keseluruhan item yang bakal diperolehi di atas sudah melebihi RM1,000. Jadi ia sebenarnya memberikan keuntungan kepada pengedar baru.

Keuntungan Menjadi Pengedar Emas dan Perak GSR

Para pengedar GSR akan diberikan hak eksklusif terhadap dua jenis barangan utama syarikat GSR iaitu emas dan perak. 


Bagi produk emas, berikut adalah keuntungan yang bakal diperoleh:

Jumlah untung emas 916  RM10 / gram
Jumlah untung emas 999 RM15 / gram
Keuntungan rangkaian jualan RM1.50 / gram
Jualan semula pada syarikat RM4.00 / gram
Keuntungan belian semula 14% hingga 15 %
Kos penghantaran produk emas Percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.
Laman web untuk pemasaran online Percuma.
 

Manakala bagi produk perak pula, para pengedar GSR akan memperolehi keuntungan seperti berikut:
Untung jualan
2% hingga 3%
Keuntungan rangkaian jualan
0.6% hingga 1%
Keuntungan belian semula
16% hingga 21%
Kos penghantaran produk perak
Percuma jika jumlah berat melebihi 1 kilogram.
Laman web untuk pemasaran online
Percuma.



Anda diingatkan !!! Syarikat GSR menjalankan urusan jual beli emas dan perak. Syarikat GSR ini merupakan syarikat jual beli emas dan perak yang sejati. Tiada unsur dividen / hibah setiap bulan dan ianya bukan MLM.

Tuesday, 14 August 2012

Apa itu Wang?? Ketahui Rahsianya di sini…


Salam sejahtera semua..
Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya.
Teringat waktu saya kecil…Lagu Duit-duit yang dinyanikan oleh M.Nasir…Penah dengar lagu ini??
“ Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit…”
Mungkin benar kata M.Nasir..semua itu duit… Tetapi bukan WANG sebenar ya Winking smile
Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
Betul tak?
Kita sangkakan inilah WANG yang sebenarnya… hmmm… betul ker?
Ringgit Malaysia – wang kertas kita
Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!
Anda akan tahu apakah itu WANG yang sebenarnya.
Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?
Fungsi-Fungsi Wang
Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.
2. Media Pertukaran: Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran dengan barangan yang mereka jual.
3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.
4. Sebagai penyimpan nilai: 
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik.
Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.
Wang Fiat Ringgit Malaysia. Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini)
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti TIDAK BOLEH…
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi.
Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas? Memang sah tak bagus