Monday, 29 October 2012


AWAS !! RAMAI YANG MENJADI MANGSA SKIM CEPAT KAYA EMAS. Hari ini riuh rendah mengenai isu-isu Emas Perak. Disini pihak syarikat GSR ingin berkongsi tips kepada anda semua untuk mengelak daripada terjebak dengan aktiviti berikut.

TIPS : ELAKKAN MENJADI MANGSA PENIPUAN (EMAS PERAK)

Siasat terlebih dahulu jika syarikat berikut membuat aktiviti di bawah:

1. Pemberian DIVIDEN SETIAP BULAN. Tanpa buat kerja.
2. Pemberian dalam bentuk HIBAH SETIAP BULAN.
3. PerKONGSIan KEUNTUNGAN mengikut % setiap bulan.
4. Bayaran secara ansuran mengikut kontrak dimana habis bayar ansuran baru dapat barang. (DEPOSIT TAKING)
5. Syarikat yang menawarkan PAJAK GADAI TANPA LESEN.
6. Syarikat yang menawarkan kadar perTUKARan MATAWANG ASING TANPA LESEN.
7. Syarikat yang menawarkan PINJAMAN TANPA LESEN.
8. Syarikat yang menawarkan KHIDMAT SEWA EMAS PERAK dan di bayar setiap bulan.
9. KOPERASI yang TIDAK BERDAFTAR.

TIPS : SELAMAT DARI DI TIPU

1. Beli Emas Perak dapat FIZIKAL, BUKAN kertas / online akaun.
2. Emas Perak PEGANG SENDIRI, JANGAN beri pada orang lain yang pegang.
3. Pastikan produk tersebut mempunyai CERTIFICATE / ASSAYER yang di sahkan ketulenan Emas dan Perak tersebut bagi mengelakkan penipuan ketulenan.
4. Beli Emas dan Perak dengan orang yang dikenali dan dipercayai.

RAMAI TERTANYA-TANYA adakah GSR terlibat AKTIVITI yang menyalahi Undang-Undang Bank Negara Malaysia?

JAWAPAN : TIDAK !


Kerana : GSR adalah syarikat yang membekalkan Emas dan Perak FIZIKAL dengan harga murah / borong ( seperti Kedai Emas di luar)

Sebagai contoh : Anda beli EMAS atau Perak, anda dapat Emas atau Perak kemudian anda simpan sendiri atau memakainya terpulang pada anda semua sebab itu hak anda.

Sekian sahaja perkongsian.

No comments:

Post a Comment