Tuesday, 31 July 2012

Jom kita kenali jenis-jenis emas


Setelah menelaah segala macam jenis website dan blog,akhirnya Berjaya merumuskan bahawa emas mempunyai pelbagai jenis atau gred. Antaranya ialah :

  • Emas 24 karat
  • Emas 22 karat
  • Emas 20 karat
  • Emas 18 karat
  • Emas 16 karat
  • Emas 14 karat
  • Emas 12 karat
  • Emas 10 karat

Emas tulin atau ‘pure gold’ adalah emas jenis 24 karat dengan ketulinan 99.99% dan ia lebih dikenali dengan nama Emas 999. manakala emas yang banyak digunakan untuk barang perhiasan atau barang kemas pula adalah dari emas jenis 22 karat atau juga dikenali dengan Emas 916. Untuk pengetahuan, dinar juga adalah Emas 916.

Jom…mari kita lihat lebih terperinci mengenai Emas 999 dan Emas 916

Emas 999 (24 karat)

v     Emas ‘1st class’
v     Merupakan emas tulen yang tidak bercampur dengan benda asing
v     Kandungan emas adalah 99.99%
v     Ianya agak lembut. Boleh juga dijadikan seperti barang kemas tetapi ia mesti dipakai dengan teknik yang betul agar tidak mudah kemek atau jatuh
v     Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar.
v     Sangat sesuai untuk pelaburan terutama dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas ( dinar)
v     Harga gadaian atau pajakan di ar-rahnu diterima dengan harga tinggi.
v     Kekurangan Emas 999: biasanya tersedia dalam bentuk bar, jongkong atau syiling emas (dinar), ini menyukarkan pemiliknya melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana ar-rahnu tidak menerima emas dalam bentuk bar, jongkong atau syiling emas (dinar), eloklah anda membeli Emas 999 ini dalam bentuk barangan kemas.

Emas 916 (22k)

v     Emas ‘3rd class’, bukan emas sepenuhnya
v     Kandungan emas hanya 91.6% sahaja
v     8.4% adalah campuran besi, pasir atau logam-logam lain
v     Cepat pudar kerana kurang kandungan emas
v     Lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas
v     Tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai susut nilai yang tinggi.
v     Harga gadaian atau pajakan di ar-rahnu diterima dengan harga agak rendah
v     Kelebihan emas 916: biasanya tersedia dalam bentuk barangan kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila masa kerana kesemua ar-rahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas

Mari kita lihat beza harga yang ditawarkan mengikut jenis-jenis emas



Oleh itu bila kandungan emas atau jenis emas itu berbeza maka harga yang ditawarkan dalam jual beli emas ini sudah tentu berbeza. Disebabkan pelbagai jenis emas inilah anda perlu berhati-hati dalam membeli emas.

Bagi saya untuk belian dan simpanan emas untuk memaksimakan keuntungan pelaburan jangkamasa yang panjang, jenis emas yang terbaik adalah jongkong emas 99.99% atau emas 24 karat.

p/s – jika anda beli emas daripada saya, emas GSR yang kami tawarkan dijamin tulin 100%, tiada tiruan. Anda juga akan dibekalkan dengan resit dan juga sijil ketulinan yang ditandatangan oleh ‘assayer’ (pihak ketiga yang mengesahkan kandungan, kualiti dan berat adalah tepat seperti yang ditawarkan) dan juga pelekat hologram yang sukar dipalsukan. Hubungi saya mohd naim, NS0022, 017-3623613

Sunday, 29 July 2012

Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas????


"Mengapa kita perlu menyimpan emas?"

Tak tahu??? sudah tentu jawapan utamanya ialah KEUNTUNGAN! Lihat prestasi harga emas sepanjang 10 tahun ini


 lihat kenaikan emas untuk 10tahun sahaja sehingga 511%...tinggi bukan???


Mari saya kongsikan 5 sebab kenapa;

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
--------------------------------------------------------------------
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
--------------------------------------------------------------------
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 11% setahun. Yang mana satu lebih untung?

1 gram emas tahun 2000 = RM25.50
1 gram emas tahun 2011 = RM157.05 (22 Feb 2011)


3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
--------------------------------------------------------------------
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
--------------------------------------------------------------------
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
--------------------------------------------------------------------
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Cukuplah 5 sebab ini untuk menyedarkan kita kepentingan pelaburan emas ini..

Tepuk dada tanya hati... orang lain dah mula melangkah dalam pelaburan emas untuk keuntungan masa depan kenapa kita mahu ditinggalkan?


p/s-ramai rakan-rakan saya tahu kepentingan emas..tetapi mereka tidak mengorak langkah untuk bertindak...mungkin satu hari nanti mereka tahu kepentingan emas...insyaallah...