Setelah menelaah segala macam jenis
website dan blog,akhirnya Berjaya merumuskan bahawa emas mempunyai pelbagai
jenis atau gred. Antaranya ialah :
- Emas 24 karat
- Emas 22 karat
- Emas 20 karat
- Emas 18 karat
- Emas 16 karat
- Emas 14 karat
- Emas 12 karat
- Emas 10 karat
Emas tulin atau ‘pure gold’ adalah
emas jenis 24 karat dengan ketulinan 99.99% dan ia lebih dikenali dengan nama
Emas 999. manakala emas yang banyak digunakan untuk barang perhiasan atau
barang kemas pula adalah dari emas jenis 22 karat atau juga dikenali dengan
Emas 916. Untuk pengetahuan, dinar juga adalah Emas 916.
Jom…mari kita lihat lebih terperinci
mengenai Emas 999 dan Emas 916
Emas 999 (24 karat)
v
Emas ‘1st class’
v
Merupakan emas tulen yang tidak bercampur dengan
benda asing
v
Kandungan emas adalah 99.99%
v
Ianya agak lembut. Boleh juga dijadikan seperti
barang kemas tetapi ia mesti dipakai dengan teknik yang betul agar tidak mudah
kemek atau jatuh
v
Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar.
v
Sangat sesuai untuk pelaburan terutama dalam
bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas ( dinar)
v
Harga gadaian atau pajakan di ar-rahnu diterima dengan
harga tinggi.
v
Kekurangan Emas 999: biasanya tersedia dalam
bentuk bar, jongkong atau syiling emas (dinar), ini menyukarkan pemiliknya
melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana ar-rahnu tidak menerima emas
dalam bentuk bar, jongkong atau syiling emas (dinar), eloklah anda membeli Emas
999 ini dalam bentuk barangan kemas.
Emas 916 (22k)
v
Emas ‘3rd class’, bukan emas
sepenuhnya
v
Kandungan emas hanya 91.6% sahaja
v 8.4% adalah campuran besi, pasir atau
logam-logam lain
v
Cepat pudar kerana kurang kandungan emas
v
Lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih
banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas
v
Tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai
susut nilai yang tinggi.
v
Harga gadaian atau pajakan di ar-rahnu diterima
dengan harga agak rendah
v
Kelebihan emas 916: biasanya tersedia dalam
bentuk barangan kemas, ini membolehkan pemiliknya melakukan gadaian bila-bila
masa kerana kesemua ar-rahnu menerima emas dalam bentuk barangan kemas
Mari kita lihat beza harga yang
ditawarkan mengikut jenis-jenis emas
Oleh itu bila kandungan emas atau
jenis emas itu berbeza maka harga yang ditawarkan dalam jual beli emas ini
sudah tentu berbeza. Disebabkan pelbagai jenis emas inilah anda perlu
berhati-hati dalam membeli emas.
Bagi saya untuk belian dan simpanan
emas untuk memaksimakan keuntungan pelaburan jangkamasa yang panjang, jenis
emas yang terbaik adalah jongkong emas 99.99% atau emas 24 karat.
p/s – jika anda beli emas daripada
saya, emas GSR yang kami tawarkan dijamin tulin 100%, tiada tiruan. Anda juga
akan dibekalkan dengan resit dan juga sijil ketulinan yang ditandatangan oleh ‘assayer’
(pihak ketiga yang mengesahkan kandungan, kualiti dan berat adalah tepat
seperti yang ditawarkan) dan juga pelekat hologram yang sukar dipalsukan. Hubungi saya mohd naim, NS0022, 017-3623613
No comments:
Post a Comment